KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu akan melaksanakan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di kawasan sekitar enam stesen projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia selari dengan hasrat untuk menjadikan kawasan berkenaan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi dan industri baharu di negeri ini.
Beliau berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan sedang merangka pelan induk TOD di kawasan terlibat yang dijangka akan memberi limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.
"TOD ini adalah pendekatan perancangan bandar yang menekankan kepada pembangunan kawasan bercampur penggunaannya, mudah dijelajah dan dibangunkan dengan sistem pengangkutan yang cekap.
"Dengan menggabungkan penduduk, aktiviti ekonomi dan ruang awam sambil menggalakkan kemudahan berjalan kaki, TOD akan mampu memperkukuhkan kehidupan bandar yang lebih baik, berdaya maju dan mesra alam," katanya dalam ucapan penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di sini hari ini.
Selain itu Ahmad Samsuri berkata beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk mencari jalan menjadikan stesen ECRL yang direka bentuk sebagai stesen penumpang dapat dijadikan sistem penghantaran barangan atau kargo berat sederhana ke bawah.
Katanya kewujudan fasiliti tambahan (kargo) itu akan membolehkan kawasan industri sederhana berhampiran stesen-stesen dapat diwujudkan, sekali gus merancakkan ekonomi di kawasan sekitarnya.
"Kerajaan negeri juga bersama-sama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang merangka perancangan bagi Economic Accelarator Projects (EAP) untuk merancakkan lagi pembangunan ekonomi dan industri di sekitar stesen ECRL," katanya.
Sidang DUN Terengganu hari ini ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023
Ahmad Samsuri berkata ia selari dengan hasrat untuk menjadikan kawasan berkenaan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi dan industri baharu di negeri ini. - Gambar fail/Bernama
Hari Ibu: Raja Permaisuri Agong berangkat ke sambutan peringkat kebangsaan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 Di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (Lppkn) Di Ayer Keroh, Melaka.
JS-SEZ dijangka dibangunkan di Iskandar Malaysia dan Pengerang - Onn Hafiz
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dijangka dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang melibatkan keluasan 3,505 kilometer persegi.
KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Junior merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu Real Madrid memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu Piala Liga Juara-juara Eropah keduanya.
Rebut takhta popular, YouTuber maut ditikam pesaing sewaktu bersiaran langsung
Insiden berlaku semasa Joddoltv bersiaran langsung ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah membabitkan dia dan suspek.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Laluan utama Kampung Batu 3 Mambau runtuh selepas hujan lebat
Disebabkan kejadian itu, penduduk di kedua-dua kampung terpaksa menggunakan laluan jauh untuk ke mana-mana.
Terengganu laksana sistem pembangunan TOD di enam lokasi stesen ECRL
Kerajaan negeri Terengganu akan melaksanakan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di kawasan sekitar enam stesen projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini.
Pecah monopoli Touch 'n Go, wujud persaingan sihat - Pakar
Penambahan penyedia perkhidmatan selain TNG amat dialu-alukan dan diharap mampu menangani masalah kesesakan di plaza tol.
Salji lebat, angin kuat ganggu pengangkutan di Jepun
Salji lebat dan angin kencang pada Rabu terus menjejaskan banyak bahagian di Jepun, dengan keadaan ribut mengganggu beberapa sistem pengangkutan.
Penggiat industri saran pelaburan untuk tambah baik pengangkutan awam di Pantai Timur, Sabah, Sarawak
Sabah amat memerlukan sistem pengangkutan awam yang lebih baik terutamanya di Kota Kinabalu.
Agensi Makanan PBB perlu dana biaya pengangkutan
Dana sebanyak AS$965 juta (kira-kira RM4.13 trilion) diperlukan untuk mengekalkan perkhidmatan pengangkutannya sehingga hujung tahun 2020.
COVID-19: Itali mula longgarkan sekatan pergerakan
Warga Itali kini tertunggu-tunggu untuk mengetahui apakah had pergerakan baharu yang akan diumumkan dalam kehidupan mereka selepas perintah berkurung di negara itu berakhir 3 Mei ini.